Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Ingin Menawarkan Telefon 5G Dengan Keupayaan Membuat Panggilan Video 3D

Dengan perkembangan arena telekomunikasi, kini pelbagai pengeluar sedang berlumba dalam memperkenalkan peranti 5G mereka tersendiri. Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana Huawei akan hadir dengan telefon pintar 5G seawal 2019 kelak, dan kini Oppo dilihat akan melakukan perkara sama.

Oppo baru-baru ini telah memperlihatkan beberapa teknologi baru mereka yang akan hadir ke peranti mereka, termasuk kebolehan membuat panggilan video 3D terus melalui rangkaian 5G.

Oppo 5G

Panggilan 3D yang didemonstrasikan oleh Oppo menggunakan kamera depth-sensing yang terdapat pada beberapa telefon pintar masa kini. Oppo menjayakan panggilan video 3D ini dengan menggunakan gabungan imbasan 3D dan juga pencahayaan kamera 3D – sekaligus menyiarkannya melalui rangkaian 5G.

Dengan kebolehan ini, Oppo memperlihatkan keupayaan membuat panggilan video 3D melalui peranti mereka yang memberikan panggilan lebih menarik berbanding dengan penggunaan panggilan video biasa melalui Skype dan sebagainya.

Buat masa ini, Oppo menyasarkan untuk memperkenalkan ciri panggilan video 3D ini bersama-sama dengan telefon pintar 5G menjelang awal 2019 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo Ingin Menawarkan Telefon 5G Dengan Keupayaan Membuat Panggilan Video 3D"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info