Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kereta Api Cargospeed Mahu Menghantar Kargo Pada Kelajuan 1000 KM/J Dengan Kos Setanding Menggunakan Lori

Hyperloop ialah sistem kereta api baru yang boleh bergerak pada kelajuan mencecah 1000 kilometer sejam. Dubai ialah antara negara yang ingin menjadikan sistem Hyperloop realiti dan sudah bekerjasama dengan Richard Branson di dalam projek  Virgin Hyperloop One. Kini DP World Cargospeed pula diumumkan dan ia adalah sistem penghantaran kargo pantas tetapi dengan kos setanding dengan menggunakan lori sedia ada.

Sistem kargo pantas ini dibangunkan kerana permintaan kargo dijangka meningkat empat kali ganda menjelang 2050. Bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran yang ingin menerima produk dengan pantas, rangkaian DP World Cargospeed akan menyelesaikan masalah ini. Ia mampu menghantar kargo hampir sepantas menggunakan kapal terbang tetapi dengan kos yang hanya sedikit lebih mahal berbanding menggunakan lori.

Kereta api Hyperloop masih lagi di dalam fasa ujian di Dubai. Oleh itu pihak DP World Cargospeed tidak memberikan sasaran bilakah mereka akan memulakan operasi.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kereta Api Cargospeed Mahu Menghantar Kargo Pada Kelajuan 1000 KM/J Dengan Kos Setanding Menggunakan Lori"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info