Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kamera OnePlus 6 Mempunyai Sistem Kecerdasan Buatan Terbina

Dua hari lagi untuk pelancaran peranti kelas utama OnePlus, OnePlus 6. Ia dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845, mempunyai tetapan dwi-kamera menegak, rekaan skrin bertakuk dan juga mempunyai perlindungan kalis air. Terkini OnePlus China mengesahkan secara rasminya melalui laman Weibo mereka, kamera OnePlus 6 akan mempunyai kecerdasan buatan terbina.

Sama seperti Huawei P20 Pro, kamera hadapan dan belakang OnePlus 6 turut menyokong kecerdasan buatan. Tetapan dwi-kamera OnePlus 6 adalah 20+16 Megapixel dan kamera swafoto 16-Megapixel. Menurut OnePlus dengan beberapa video acah sebelum ini, OnePlus 6 mampu merakam gambar gerak perlahan dengan kualiti yang baik, mod potret yang lebih cantik dan sokongan OIS.

Kehangatan OnePlus 6 ini semakin terasa dan jantung berdegup kencang selaju pengecas DASH. Jika anda peminat OnePlus, apakah pendapat anda mengenai kamera dengan bantuan kecerdasan? Sama-sama kita nantikan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kamera OnePlus 6 Mempunyai Sistem Kecerdasan Buatan Terbina"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info