Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Demo Day 2018 Diadakan Buat Pertama Kali Di Asia – Pendaftaran Startup Kini Dibuka

Google Demo Day adalah salah satu acara yang dianjurkan oleh Google dalam membolehkan sejumlah syarikat dan startup memperlihatkan produk mereka kepada para pelabur, selain berpeluang mendapatkan khidmat nasihat dan mentor daripada pihak Google.

Sebelum ini, ia hanya diadakan di rantau Amerika dan Eropah sahaja, dan kali ini buat pertama kalinya Google turut membawa acara Google Demo Day ini ke rantau Asia.

Bagi startup yang berminat, anda boleh membuat pendaftaran bermula hari ini sehingga 1 Julai 2018 kelak. Sekiranya anda terpilih, syarikat anda akan menerima khidmat nasihat daripada pihak Google dalam menambah-baik produk dan persembahan – sebelum dibentangkan pada acara Google Demo Day dihadapan para pelabur. Google juga turut akan menawarkan kredit Google Cloud kepada mereka yang terpilih.

Untuk menyertainya, Google menetapkan beberapa kriteria, termasuk syarikat berkenaan perlulah beribu pejabat di Asia, dan mempunyai permintaan dari segi pendanaan, pelanggan, pendapatan dan sebagainya.

Acara Google Demo Day 2018 Asia ini akan diadakan di Shanghai pada 20 September kelak.

Daftar : Google Demo Day Asia



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Demo Day 2018 Diadakan Buat Pertama Kali Di Asia – Pendaftaran Startup Kini Dibuka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info