Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dapatkan Ruangan Storan Tambahan Lebih 20GB Selepas Kemaskini Windows 10 April 2018 Update

Microsoft telah mula menawarkan kemaskini Windows 10 April 2018 untuk pengguna Windows 10 sejak awal minggu ini, dan mungkin ada antara anda yang telah mengemaskini dan menaik-taraf ke sistem operasi terbaru ini.

Bagi anda yang telah menggunakannya, dan selesa dengan penawaran sistem operasi terbaru ini, anda kini boleh membuang fail Windows lama yang dalam simpanan pada komputer anda – bersaiz sekitar 20GB.

Windows 10 Disk Cleanup

Microsoft menyimpan fail pemasangan Windows lama pada komputer anda sekiranya anda ingin kembali ke versi lama selepas menaik-taraf. Sekiranya anda tidak ingin kembali ke versi lama, dan ingin kekal menggunakan versi terkini Windows 10, anda boleh membuang fail berkenaan daripada komputer anda.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu memulakan Disk Cleanup pada komputer Windows 10 anda sebagai pentadbir. Ini boleh dilakukan dengan klik kanan pada aplikasi Disk Cleanup, dan seterusnya memilih Run As Administrator.

Selepas itu, anda boleh mengimbas komputer anda, dan memilih “Previous Windows Installation“. Ia biasanya bersaiz sekitar 20GB, dan anda boleh membuangnya sekiranya telah selesa dengan versi Windows 10 terkini.

Bagi anda yang sudah menggunakan sistem operasi Windows 10 April 2018 Update, dan selesa dengannya, anda boleh membuang fail pemasangan Windows yang lama ini – sekaligus mendapatkan ruangan storan tambahan pada komputer anda.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dapatkan Ruangan Storan Tambahan Lebih 20GB Selepas Kemaskini Windows 10 April 2018 Update"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info