Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Levi’s Akan Memasarkan Jaket Pintar Berasaskan Google Project Jaquard Pada 2017

Pada Google I/O yang lepas, Google telah memperlihatkan Project Jacquard yang membawa integrasi sensor dan elektronik terus ke dalam kain. Kini, pada Google I/O 2016 pula, Google memperluaskannya, dan rakan kerjasama Google, Levi’s telah pun mengumumkan baju jaket Project Jacquard yang akan dipasarkan pada tahun hadapan.

Dinamakan sebagai Levi’s Commuter, ia akan hadir dengan beberapa sensor terbina untuk memudahkan pengguna membuat kawalan ketika berbasikal atau membuat beberapa perkara lain. Sensor padanya termasuk akan memudahkan pengguna mengetahui kedudukan semasa, mengawal lagu yang dimainkan, termasuk mengawal panggilan yang diterima.

Levis Commuter Jaquard

Pakaian ini boleh dibasuh tanpa sebarang masalah dan tidak merosakkan sebarang sensor yang hadir terbina padanya.

Selain Levi’s, beberapa rakan kerjasama lain turut dijangka hadir dalam pelbagai jenis pakaian yang lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Levi’s Akan Memasarkan Jaket Pintar Berasaskan Google Project Jaquard Pada 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info