Sembang Maniac

Sembang-sembang je

BlackBerry Akan Mulakan Ujian BBM Desktop Beta Tidak Lama Lagi

BlackBerry Messenger atau BBM merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular suatu ketika dahulu, tetapi popularitinya semakin berkurangan sejak kehadiran WhatsApp dan beberapa perkhidmatan permesejan yang lain. Hal ini kerana BBM hanya memfokuskan penawaran kepada peranti BlackBerry sahaja, sehinggalah memperluaskan penawaran ke peranti Android dan iPhone beberapa tahun lepas.

Kini, selain penawaran untuk peranti mudah-alih, BBM juga dilihat akan diperluaskan ke desktop. BlackBerry akan memulakan ujian BBM Desktop Beta tidak lama lagi dikalangan pengguna Android – dimana ia akan diuji dikalangan segelintir kecil pengguna terlebih dahulu.

BBM Desktop

Untuk menggunakannya kelak, pengguna terpilih akan dapat melihat ikon BBM Desktop pada aplikasi Android mereka, dan boleh mengimbas kod melalui web BBM Messaging.

Sebaik sahaja selesai mengimbas, ia akan terus menghubungkan anda ke BBM Desktop, dan anda boleh menghantar dan menerima mesej melalui komputer anda. Ia secara kasar, berfungsi seumpama WhatsApp Web sebelum ini.

Ia tidak diketahui lagi bilakah BBM Desktop ini akan ditawarkan secara meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "BlackBerry Akan Mulakan Ujian BBM Desktop Beta Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info