Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Akan Menghasilkan Speaker Pintar Mampu Milik Dibawah Jenama Beats

Apple kini di tangga ke-tiga pengeluar speaker pintar dengan jualan tertinggi di belakang Amazon dan Google. Jualan speaker pintar HomePod dilaporkan tidak mencapai sasaran dan besar kemungkinan adalah kerana harga jualannya yang lebih rendang berbanding pesaing seperti Google Home Mini.

Apple HomepodKini kedengaran ura-ura mereka akan melancarkan sebuah speaker pintar yang lebih mampu milik di bawah jenama Beats. Menurut laporan Cult of Mac yang memetik sumber dari media sosial China, speaker pintar ini akan dijual pada harga sekitar $199 (~RM 792) sebuah. Ini lebih murah berbanding HomePod yang kini dijual pada harga $349 (~RM 1389) sebuah. Pemproses keluaran MediaTek dipercayai akan digunakan bagi speaker pintar ini. Tidak diketahui bilakah speaker pintar Apple yang lebih mampu milik ini akan dilancarkan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Akan Menghasilkan Speaker Pintar Mampu Milik Dibawah Jenama Beats"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info