Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android P Menghalang Skrin Dimatikan Sekiranya Pengimbas Cap Jari Disentuh

Android P sedang melalui ujian Beta. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Google membenarkan peranti selain Pixel untuk mencubanya lebih awal. Beberapa fungsi baru diuji sebelum kemaskini Android P diberikan secara meluas. Sebuah fungsi baru ditemui pada Android P Developer Preview 2 yang akan menyelesaikan masalah yang sering berlaku sekiranya anda banyak membaca pada skrin peranti.

Pengguna dapat mengelakkan skrin dari mati dengan sendiri kerana melepasi had masa yang ditetapkan dengan meletakkan jari pada pengimbas cap jari. Sebelum ini ramai pengguna perlu menyentuh skrin bagi mengelakkan skrin mati secara automatik. Ini kadang kala menyebabkan berlaku tatalan secara tidak sengaja dan bahagian yang ingin dibaca bergerak.

Ini ialah penyelesaian Google kepada masalah ini. Pada peranti keluaran Samsung terdapat fungsi Smart Stay yang mengimbas wajah pengguna. Selagi ia mengesan wajah, skrin tidak akan dimatikan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android P Menghalang Skrin Dimatikan Sekiranya Pengimbas Cap Jari Disentuh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info