Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adobe XD Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Oleh Semua

Adobe hari ini mengumumkan penawaran pelan percuma baru, yang mana membolehkan para pengguna untuk mendapatkan perisian membuat prototaip web dan aplikasi daripada Adobe, iaitu Adobe XD secara percuma.

Adobe XD merupakan perisian daripada Adobe yang memudahkan pembangunan prototaip, selain digunakan ramai untuk merekabentuk antaramuka sesuatu web, aplikasi mudah-alih dan lain-lain.

Adobe menawarkan perisian Adobe XD ini melalui pelan percuma baru yang dinamakan “Starter”. Bersama-sama dengannya, pengguna ditawarkan akses kepada Typekit secara terhad, selain akses kepada Creative Cloud Libraries, dan storan sebesar 2GB – semuanya secara percuma.

Dengan penawaran ini juga, ia dijangka Adobe akan menarik pengguna baru untuk mencuba produk mereka – dan secara tidak langsung menaik-taraf akaun untuk mengakses sejumlah aplikasi dan penawaran lain Adobe.

Muat-Turun Adobe XD



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Adobe XD Kini Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma Oleh Semua"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info