Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Serta Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Tertiris

Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact ialah dua peranti yang akan dilancarkan di MWC hujung minggu ini. Berbeza dengan peranti-peranti Xperia sebelum ini, kedua-dua model XZ2 akan mempunyai skrin dengan nisbah 18:9 buat pertama kali. Rekaan serta sebahagian spesifikasi peranti ini telah tertiris lebih awal.

Dimulakan dengan Sony Xperia XZ2 yang dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 3180 mAh. Panel belakang peranti ini diperbuat daripada kaca bagi menyokong sistem pengecasan tanpa wayar.

Bagi yang mungkin tertanya-tanya mengapa dagu dan dahi XZ2 masih agak besar, ini adalah kerana peranti ini menyokong sistem pembesar suara stereo S Force. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang dan butang khas kamera masih disertakan pada sisi kanan.

Tiada gambar untuk Sony Xperia XZ2 Compact tetapi ia dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD FHD+, dijana oleh pemproses Snapdragon 845, kamera utama 19-Megapixel f/1.8 dan bateri sebesar 2870 mAh. Panel belakang peranti ini walaubagaimanapun diperbuat daripada polikarbonat dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Kedua-dua peranti ini dijangka akan mula dijual pada bulan Mac. Apa yang kami sedari sejak kebelakangan ini ialah Malaysia akan menjadi negara terawal menerima peranti keluaran Sony. Nantikan pandang pertama kami untuk kedua-dua peranti dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Serta Spesifikasi Sony Xperia XZ2 Dan XZ2 Compact Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info