Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Predator Helios 500 Diumumkan – Dikuasakan Intel Core i9 Dan GTX 1070

Beberapa ketika dahulu, kami melaporkan bahawa Acer bakal memperkenalkan laptop gaming yang cukup berkuasa tidak lama lagi dibawah jenama Acer Predator Helios 500.

Di acara Acer Global Press Conference di New York hari ini, pihak Acer telah mengesahkan bahawa laptop Predator Helios 500 ini akan dilancarkan dengan spesifikasi-spesifikasi yang diumumkan sebelum ini. Ini termasuklah penggunaan panel 17.3 inci pada resolusi 4K dan Full HD dengan kadar segar semula 144 Hz dan juga sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Acer Predator Helios 500

Spesifikasi dalaman laptop gaming Helios 500 ini termasuklah Intel Core i9-8950HK, sokongan memori DDR4 sehingga 64GB, storan SSD sebesar 256GB dan juga pilihan untuk menambahkan storan cakera keras jika anda inginkan storan yang lebih banyak. Dari segi grafik, Acer Predator Helios 500 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 versi desktop.

Dari segi rekaan, laptop Acer Predator Helios 500 ini dilihat mirip sedikit rupa laptop Acer Predator 21X, terutamanya gril penyejuk di belakang laptop tersebut. Bercakap tentang sistem penyejukan, Acer juga menggunakan sistem penyejukan Aeroblade 3D mereka pada kedua-dua CPU dan kad grafik untuk memastikan bahawa komponen-komponen laptop ini kekal sejuk sepanjang penggunaannya.

Ini juga bertepatan dengan pengumuman daripada pihak Acer yang menyatakan bahawa kedua-dua CPU dan kad grafik didalam laptop ini boleh di-overclock untuk mendapatkan prestasi yang terbaik daripada komponen-komponen didalam laptop ini melalui perisian Predator Sense yang juga boleh digunakan untuk memantau suhu dan prestasi komponen-komponen tersebut.

Pada waktu ini, pihak Acer masih belum mengumumkan lagi bilakah mereka akan melancarkan laptop ini di pasaran dunia, tetapi kami telah mendapatkan pengesahan bahawa laptop ini akan memasuki pasaran tempatan di masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer Predator Helios 500 Diumumkan – Dikuasakan Intel Core i9 Dan GTX 1070"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info