Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Memperkenalkan Desktop Dan Juga Monitor Dibawah Siri Acer Nitro

Siri Acer Nitro biasanya dikenali untuk laptop-laptop gaming yang hadir pada spesifikasi dengan harga mampu milik. Di acara Acer GPC yang berlangsung di New York, Acer telah mengumumkan beberapa siri Acer Nitro terbaru yang bukannya komputer riba, tetapi kekal mengkhususkan kepada arena permainan video dan multimedia.

Acer Nitro 50

Pertama sekali ialah Acer Nitro 50, iaitu sebuah komputer desktop yang hadir dengan spesifikasi yang cukup berkuasa sekali. Ia dilengkapi dengan CPU Intel Core i7 Coffee Lake, sokongan untuk memori DDR4, dan juga storan SSD 512GB dan cakera keras 3TB.

Acer Nitro 50 ini juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 yang mampu menyokong permainan komputer pada tetapan yang cukup tinggi sekali, walaupun permainan tersebut sedang dimainkan pada resolusi 1440p ataupun 4K.

Rekaan komputer ini cukup agresif, dan mempunyai sokongan LED lampu berwarna merah. Disamping itu, ia juga boleh dibuka dengan mudah untuk membolehkan pengguna mengubahsuai spesifikasi dalaman apabila perlu.

Acer Nitro VG0

Siri Acer Nitro VG0 dan RG0 merupakan dua buah paparan skrin khusus untuk gaming yang hadir dengan teknologi paparan AMD FreeSync. VG0 merupakan model yang lebih premium diantara kedua-dua model ini kerana ia hadir dengan kadar segar semula 144Hz, dan pilihan untuk resolusi 4K, WQHD dan juga Full HD. Model ini juga hadir dengan pilihan paparan bersaiz 21.5 inci, 23.8 inci dan 27.1 inci.

Acer Nitro RG0

Paparan Acer Nitro RG0 pula hadir dengan resolusi Full HD dan mempunyai kadar segar semula 75Hz yang sesuai untuk bermain permainan komputer seperti CS: GO, DoTA 2 dan League of Legends.

Dari segi ciri, kedua-dua paparan Acer Nitro VG0 dan RG0 ini menggunakan paparan IPS yang memberikan pengguna sudut penglihatan 178 darjah, manakala pelbagai sokongan palam seperti VGA, HDMI dan DisplayPort membolehkan pengguna menyambungkan pelbagai peranti kepada paparan-paparan ini.

Kesemua peranti-peranti Acer Nitro ini, termasuklah Acer Nitro 50, Acer Nitro VG0 dan Acer Nitro RG0 akan hadir di pasaran dunia bermula bulan Mei hingga Julai 2018.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Acer Memperkenalkan Desktop Dan Juga Monitor Dibawah Siri Acer Nitro"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info