Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Red Magic Diperkenalkan – Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Daripada Nubia

Akhir-akhir ini, peranti memfokuskan permua (permainan mudah-alih) dilihat semakin popular. Selepas Razer Phone dan juga Black Shark, kini hari ini jenama subsidiari ZTE, iaitu Nubia telah pun memperkenalkan telefon pintar mereka tersendiri dinamakan Red Magic.

Red Magic

Red Magic hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD+ pada nisbah 18:9, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 8GB RAM, dan storan 128GB UFS 2.1.

Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 24-megapixel pada bahagian belakang, selain kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3800mAh.

Dengan fokus terhadap permua, pihak Nubia turut menyertakan rekaan yang unik untuk Red Magic ini, dan turut mengatakan ia menawarkan sistem penyejukkan yang unik bagi membolehkan pengguna menikmati permua untuk tempoh yang lama.

Red Magic ini juga menyertakan sokongan lampu RGB pada kerangka belakang – sekaligus menawarkan elemen seumpama pada komputer permainan pada hari ini. Sebuah perisian khusus turut disertakan bagi membolehkan pemain menikmati kadar FPS yang lebih tinggi dengan mengurangkan aplikasi yang dijalankan di latar.

Red Magic

Red Magic tidak mengumumkan harga akhirnya buat masa ini. Namun, mereka menyatakan yang mana pengguna berminat boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga $399 (~RM1550) melalui kempen IndieGogo, yang mana akan menawarkan kuantiti terhad kepada mereka yang berminat.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Red Magic Diperkenalkan – Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Daripada Nubia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info