Sembang Maniac

Sembang-sembang je

11Street Malaysia Menerima Suntikan Pelaburan Sebanyak RM90 Juta Daripada PUC

11Street merupakan salah satu syarikat penyedia platform e-dagang tempatan, dan merupakan antara yang popular selain Lazada dan Shopee. Terkini, selepas menyambut ulang-tahun ke-3 baru-baru ini, hari ini 11Street mengumumkan penerimaan pelaburan sebanyak RM90 juta daripada PUC Berhad.

Dengan suntikan pelaburan baru ini, ia sekaligus menjadikan 11Street Malaysia bernilai sekitar RM375 juta.

PUC dikatakan bakal melabur secara berperingkat, dimana untuk fasa pertama, sebanyak RM40 juta akan dilaburkan dalam empat bahagian antara sekarang sehingga penghujung Julai.

Seterusnya, baki RM50 juta akan dilabur selepas menerima pengesahan daripada para pemegang saham – dimana pengesahan berkenaan dijangka diterima pada Ogos kelak.

Dengan pelaburan baru ini, PUC akan menerima pegangan sebanyak 24%, sementara Axiata Digital sebanyak 37% dan SK Planet sebanyak 39%. Dengan pelaburan ini juga, ia sekaligus akan membolehkan 11Street Malaysia terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena e-dagang tempatan dan terus bersaing dengan penyedia laman e-dagang yang lain di pasaran.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "11Street Malaysia Menerima Suntikan Pelaburan Sebanyak RM90 Juta Daripada PUC"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info