Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lenovo Malaysia Memperkenalkan Program Jaminan Baru – Lenovo PremiumCare

Lenovo Malaysia hari ini memperkenalkan program jaminan serba baru untuk para pelanggan mereka, dinamakan sebagai Lenovo PremiumCare. Melaluinya, Lenovo akan menawarkan sejumlah pilihan tambahan kepada para pelanggan mereka, berbanding dengan jaminan biasa yang ditawarkan melalui pembelian setiap produk.

Dengan adanya Lenovo PremiumCare, pihak Lenovo menjanjikan sokongan teknikal melalui panggilan selama 24 jam sehari – termasuk ketika cuti am. Melaluinya, pengguna boleh menerima arahan untuk mengatasi pelbagai masalah, termasuk menggunakan Lenovo Vantage untuk menjalankan diagnostik berkaitan peranti mereka.

Disamping itu, pelanggan Lenovo PremiumCare turut berpeluang untuk membuat semakan tahunan “PC Health Check” bagi memastikan peranti mereka berjalan dengan lancar. Pihak Lenovo akan menjalankan pelbagai pengoptimasian, kemaskini sekuriti, dan beberapa perkara lain dibawah program ini.

Untuk pengguna yang mempunyai komputer riba atau desktop Lenovo (Legion, Yoga, Miix dan IdeaPad), anda mungkin boleh melanggan Lenovo PremiumCare ini pada harga serendah RM30 sehingga 31 Mei 2018 kelak. Langganan biasa perkhidmatan jaminan baru ini adalah berharga RM288.

Layari : Lenovo PremiumCare



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Malaysia Memperkenalkan Program Jaminan Baru – Lenovo PremiumCare"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info