Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Masih Tiada Perancangan Untuk Menjual Cip Kirin Kepada Pengeluar Lain

Huawei mempunyai cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh mereka sendiri, dinamakan Kirin – dan sedia digunakan oleh pelbagai peranti keluaran Huawei sejak beberapa tahun lepas. Dengan menggunakan cip keluaran sendiri, ia membolehkan Huawei untuk mengurangkan kos, selain lebih mengoptimasikan peranti mereka berbanding penggunaan cip pihak lain.

Selain Huawei, Samsung turut mempunyai penawaran mereka tersendiri dinamakan Exynos, selain Xiaomi dan juga Apple. Namun, berbeza dengan Samsung yang menawarkan cip mereka kepada pihak lain, Huawei dilihat tidak mempunyai perancangan untuknya.

Bercakap mengenainya, pihak Huawei dipetik mengatakan Huawei tidak merancang untuk menjual cip Kirin mereka kepada pengeluar peranti lain buat masa ini. Ia dikatakan sebagai salah satu faktor utama yang membezakan mereka dengan pengeluar peranti lain.

Beberapa spekulasi turut mengatakan yang mana Huawei turut mungkin tidak mempunyai kapasiti untuk menampung pengeluaran yang tinggi supaya mereka boleh menjualnya kepada pengeluar lain.

Buat masa ini, selain Samsung, pengeluar cipp yang popular adalah Qualcomm dan juga Mediatek. Intel sebelum ini pernah menawarkan cip untuk peranti mudah-alih, tetapi menghentikan penawaran mereka beberapa tahun lepas.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Huawei Masih Tiada Perancangan Untuk Menjual Cip Kirin Kepada Pengeluar Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info