Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Hadir Dengan Keluarga Komputer Permainan Pada Harga Mampu-Milik – HP Pavilion Gaming

HP sedia mempunyai penawaran komputer riba permainan premium dibawah nama keluarga Omen. Kini, selain daripadanya, lebih kurang seperti Dell, HP hari ini mengumumkan komputer riba pada harga yang lebih mampu-milik dibawah keluarga HP Pavilion Gaming.

Melalui penawaran HP Pavilion Gaming, ia menawarkan kuasa dan spesifikasi yang sesuai untuk menikmati kandungan multimedia, tanpa memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak. Disamping itu, ia juga hadir dengan rekaan kerangka yang menyertakan beberapa elemen daripada komputer riba memfokuskan permainan.

HP Pavilion Gaming

Untuk peringkat permulaan, HP Pavilion Gaming menawarkan sebuah komputer riba bersaiz 15-inci, pilihan desktop, dan juga monitor bersaiz 32-inci.

HP Pavilion Gaming Laptop hadir dengan cip pilihan antara Core i5 atau i7 generasi ke-lapan, dilengkapi kad grafik pilihan Radeon RX560X atau GTX 1060 Max-Q, memori 8GB DDR4, dan pilihan kombinasi SSD dan HDD.

Untuk desktop pula, dua pilihan ditawarkan. Yang pertama adalah HP Pavilion Gaming 690 yang hadir dengan cip AMD Ryzen 3 atau Intel Core-i7, kad grafik Radeon RX580 atau GTX 1060, memori sehingga 12GB DDR4, storan berasaskan SSD, Optane atau HDD, dan pelbagai port sambungan.

HP Pavilion Gaming Monitor

Satu lagi desktop yang ditawarkan adalah HP Pavilion Gaming 790 yang hadir dengan cip Intel Core i5 atau i7, kad grafik Radeon RX-580 atau GeForce GTX 1080, memori sehingga 32GB, dan storan dengan pilihan gabungan SSD, Optane atau HDD.

Dan untuk monitor HP Pavilion Gaming pula, ia hadir dengan skrin 32-inci pada kadar segar semula 75Hz dengan sokongan AMD Freesync, resolusi QHD 1440p, serta sokongan DisplayHDR 600.

Kesemua produk ini dijangka dipasarkan bermula bulan Jun 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Hadir Dengan Keluarga Komputer Permainan Pada Harga Mampu-Milik – HP Pavilion Gaming"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info