Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Mengesahkan Beberapa Perkhidmatan Mereka Disekat Di Rusia Kerana Telegram

Bulan lepas, kerajaan Rusia mengarahkan Telegram untuk menyerahkan kunci penyulitan perkhidmatan permesejan mereka. Tetapi pihak Telegram ingkar kerana hak privasi pengguna yang mereka janjikan. Disebabkan hal ini, penggunaan Telegram mula di sekat di Rusia.

Kini, Google mengesahkan beberapa perkhidmatan mereka turut disekat oleh kerajaan Rusia disebabkan sekatan Telegram. Antara perkhidmatan Google yang disekat adalah Google Search, Gmail dan notifikasi untuk Android. Sebelum ini, kerajaan Rusia turut menghantar permohonan kepada Google dan Apple untuk membuang aplikasi Telegram di Play Store dan App Store. Tetapi sehingga kini kedua-dua syarikat tidak memberi sebarang maklum balas.

Telegram Themes

Perkara ini berlaku kerana kerajaan Rusia menyekat hampir 19 Juta alamat IP, dalam usaha menyekat penggunaan Telegram di negara mereka. Oleh kerana alamat-alamat IP ini disekat, kebanyakan perkhidmatan berasaskan Google Cloud dan Amazon Web services (AWS) seperti Twitch, Spotify, Nintendo dan Soundcloud turut tidak boleh diakses.

Walaupun banyak alamat IP yang disekat, pengguna di Rusia masih lagi boleh mengakses Telegram kerana Telegram menggunakan satu teknik menukar alamat IP secara automatik.

Jika perkhidmatan penting seperti carian Google tidak berfungsi, bagaimanakah reaksi pelancong untuk Wolrd Cup pada Jun 2018 akan datang? Kerajaan Rusia perlu mencari jalan lain untuk menyekat Telegram tanpa mengganggu perkhidmatan lain.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Mengesahkan Beberapa Perkhidmatan Mereka Disekat Di Rusia Kerana Telegram"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info