Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Menguji Ciri Mengundi Naik Dan Turun Sesuatu Komen

Ciri mengundi naik dan turun sesuatu komen bukan sesuatu yang baru. Ia telah sedia dipopularkan pada sejumlah perkhidmatan, termasuk pada Reddit dan juga ruangan komen Amanz sendiri. Kini, gergasi laman sosial terkemuka, Facebook turut dilihat sedang menguji ciri lebih kurang sama.

Melalui apa yang diperlihatkan, Facebook memaparkan anak panah naik dan turun pada bahagian bawah sesuatu komen – membolehkan pengguna tap padanya untuk mengundi naik atau turun.

Facebook dilihat ingin memudahkan proses menyembunyikan komen yang kurang baik melalui ciri baru ini.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat ciri ini. Sekiranya ia menghasilkan maklumbalas yang baik, tidak mustahil kita melihat Facebook memperkenalkan ciri ini secara meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Menguji Ciri Mengundi Naik Dan Turun Sesuatu Komen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info