Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Amazon Mula Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bungkusan Terus Ke Kereta Pelanggan

Membeli barangan secara atas talian adalah amat mudah dan pantas. Pelbagai produk boleh dibeli tanpa perlu keluar dari rumah. Saya sendiri secara peribadi lebih selesa membeli secara atas talian kerana bukan sahaja lebih mudah tetapi harga barangan yang lebih rendah. Tetapi masalah utama pembelian atas talian ialah bungkusan yang dihantar ketika kami tiada di rumah. Akibatnya ia perlu diambil dari pejabat ejen penghantaran secara peribadi.

Untuk menyelesaikan masalah turun temurun ini, perkhidmatan Amazon Key In-Car mula ditawarkan Amerika Syarikat. Key In-Car membolehkan bungkusan dihantar terus ke kenderaan milik pelanggan Amazon Prime. Pelanggan yang tiada di rumah boleh menghantar lokasi kenderaan mereka. Bungkusan kemudian dihantar ke ruangan simpanan barangan kenderaan oleh pekerja Amazon.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu menggunakan kenderaan buatan Volvo dan General Motors dari tahun 2015 ke atas yang menyokong OnStar serta Volvo On Call. Dengan sistem ini, ruangan simpanan kenderaan boleh dibuka oleh pekerja Amazon bagi menghantar bungkusan dengan menggunakan aplikasi.

Sistem Key In-Car ini memerlukan kepercayaan yang tinggi dari pelanggan dan kawasan yang tidak mempunyai kadar jenayah kereta yang tinggi. Buat masa ini Amazon hanya menawarkan perkhidmatan ini di 37 bandar di seluruh Amerika Syarikat. Ia adalah kesinambungan kepada sistem Amazon Key yang membenarkan penghantar bungkusan membuka pintu rumah pelanggan.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Mula Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Bungkusan Terus Ke Kereta Pelanggan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info