Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Acah Terkini Huawei P20 Mencanangkan Kemampuan Kamera Lebih Baik Daripada DSLR

Setiap tahun apabila peranti utama baru dilancarkan, kemampuan kameranya dikatakan lebih baik berbanding sebuah kamera DSLR. Dapat beberapa situasi terhad ini adalah benar. Huawei P20 ialah sebuah lagi kamera utama yang dilihat cuba mencanangkan kemampuan kamera lebih baik daripada DSLR. Dua video acah baru dikongsi dengan tema See Brighter dan See Closer memberikan petunjuk ia lebih mudah digunakan berbanding kamera digital.

Di dalam video pertama, kemampuan zoom optikal hibrid 3X Huawei P20 Pro ditunjukkan lebih pantas digunakan berbanding kamera digital. Pengguna tidak perlu bertukar-tukar lensa untuk mengambil gambar. Video acah kedua pula mengetengahkan kemampuan mengambil gambar yang terang tanpa kelengkapan lampu studio. Sejauh manakah kebenaran video-video acah ini akan diketahui pada 27 Mac ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video Acah Terkini Huawei P20 Mencanangkan Kemampuan Kamera Lebih Baik Daripada DSLR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info