Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Menggantung Beberapa Akaun Popular Dengan Jutaan Pengikut Kerana Amalan Spam

Antara perkara yang paling menjengkelkan di platform Twitter ialah akaun-akaun popular yang gemar mencuri kicauan yang tular. Akaun seperti @Dory , @Commonwhitegirl dan @girlpost mempunyai jutaan pengikut walaupun tidak pernah memuat naik kicauan asli. Jumlah pengikut yang tinggi ini kemudian digunakan untuk melakukan kicauan berbayar.

Hujung minggu yang lalu, akaun-akaun ini dan beberapa lagi akaun kandungan telah digantung oleh Twitter. Apabila profil diakses, pengguna boleh melihat notis akaun digantung kerana melanggar garis panduan Twitter. Pihak Twitter tidak mengeluarkan kenyataan garis panduan apakah yang telah dilanggar oleh akaun-akaun popular ini. Tetapi besar kemungkinan adalah kerana amalan melakukan spam.

Pemilik-pemilik akaun akan bekerjasama untuk melakukan retweet yang banyak bagi menjadikannya tular. Amalan retweet secara pukal ini diberikan gelaran sebagai Tweetdecking. Hanya beberapa minggu yang lalu Twitter mengubah polisi mengenai penggunaan fungsi  automasi retweet secara pukal menerusi aplikasi dan juga Tweetdeck milik mereka.

Tidak diketahui berapa lamakah penggantungan akaun-akaun ini akan berkuat kuasa. Yang pasti penggantungan mereka menggembirakan pemilik akaun yang kandungan kerap dicuri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Menggantung Beberapa Akaun Popular Dengan Jutaan Pengikut Kerana Amalan Spam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info