Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rhinoshield Memperkenalkan Kerangka Tahan Lasak SolidSuit Yang Menyokong Lensa Kamera Tambahan

Rhinoshield terkenal dengan kerangka tahan lasak jenis bumper yang mampu melindungi peranti jika terjatuh dari ketinggian 11 kaki. Sebelum ini mereka melancarkan siri Rhinoshield Mod, kerangka separa-modular untuk iPhone yang boleh memasang lensa Mod dan juga panel belakang. Mereka telahpun melancarkan SolidSuit, kerangka yang melindungi keseluruhan badan peranti termasuk  badan belakang peranti.

SolidSuit menggunakan teknologi SpreadShock daripada kerangka bumper yang terus dibentukkan menjadi kerangka jenis penuh untuk peranti. Lebih menarik, kerangka SolidSuit ini menyokong aksesori lensa Mod yang sebelum ini khusus untuk iPhone sahaja.

Rekaan yang boleh dipilih ialah Carbon Black ataupun Black Carbon. Manakala untuk lensa mod terdapat 4 pilihan iaitu, Wide Macro, Super Wide, 0.6X HD Wide Angle dan juga Fisheye. Tetapi untuk SolidSuit ini menggunakan lensa Mod, penyesuai lensa harus dibeli secara berasingan.

Namun begitu, kerangka ini hanya dibuat untuk Samsung Galaxy S9, Galaxy S9+, Google Pixel 2 dan Google Pixel 2 XL sahaja. SolidSuit tidak dibuat untuk iPhone kerana iPhone sudahpun mempunyai siri Mod mereka tersendiri. Jika anda ingin dapatkan Rhinoshield SolidSuit ini, anda boleh terus beli di laman web rasmi mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rhinoshield Memperkenalkan Kerangka Tahan Lasak SolidSuit Yang Menyokong Lensa Kamera Tambahan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info