Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Lens Kini Boleh Digunakan Pada Peranti iOS

Google Lens diaktifkan pada kesemua peranti Android pada 7 Mac yang lalu. Menerusi aplikasi ini gambar di dalam Google Photos boleh dianalisa bagi memberikan maklumat yang dirasakan relevan kepada pengguna. Gambar kad perniagaan boleh diimbas oleh Lens untuk mengekstrak maklumat nombor telefon dan alamat dengan pantas tanpa perlu menaip.

Bagi pengguna iOS, Google Lens baru sahaja diaktifkan pada peranti yang memuat turun aplikasi Google Photos. Terdapat ikon berbentuk kamera pada bahagian bawah skrin. Apabila ditekan Lens akan diaktifkan dan secara automatik melakukan carian berdasarkan gambar yang terpapar. Google Photos perlu dikemaskini ke versi terkini untuk mengakses fungsi Lens.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Lens Kini Boleh Digunakan Pada Peranti iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info