Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera 52 Dilancarkan – Hadir Dengan Sokongan Penghalang Iklan Yang Ditambah-Baik

Opera hari ini telah melancarkan pelayar web desktop terbaru, iaitu Opera 52. Melalui versi terbaru ini, Opera dilihat lebih mengoptimasikan sokongan penghalang iklan – sekaligus membolehkan ia beroperasi dengan lebih pantas berbanding versi Opera sebelum ini.

Melalui penghalang iklan pada Opera, ia boleh menghalang paparan iklan yang menganggu, termasuk skrip melombong kriptowang pada beberapa web.

Opera 52

Hal ini, sekaligus membawa kepada kebolehan mengakses sesuatu web berkenaan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Melalui perbandingan yang dilakukan oleh Opera, ia memperlihatkan prestasi 44% lebih pantas berbanding Chrome 64.

Disamping itu, Opera 52 kini turut membawa kemudahan untuk memilih multi-tab serentak, sekaligus memudahkan untuk ia ditutup serentak, atau dipinkan dan sebagainya. Pengguna juga turut boleh menyalin semua alamat URL dengan hanya klik-kanan pada sesuatu web sebelum ia disimpan pada clipboard.

Opera 52

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, anda boleh memuat-turun versi terkini pelayar web berkenaan hari ini, dan menikmati ciri-ciri yang dibawakan ini.

Muat-Turun Opera 52 untuk Windows, Mac dan Linux



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opera 52 Dilancarkan – Hadir Dengan Sokongan Penghalang Iklan Yang Ditambah-Baik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info