Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Nova 3e Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin Takuk, Dwi-Kamera Belakang

Huawei hari ini telah memperkenalkan Huawei Nova 3e di China secara rasminya. Menariknya, telefon pintar ini turut dijangka akan ditawarkan di beberapa buah negara lain dengan nama Huawei P20 Lite.

Huawei Nova 3e

Huawei Nova 3e hadir dengan skrin 5.84-inci dengan rekaan takuk dihadapan, dan menggunakan rekaan kerangka berasaskan kaca serta bingkai berasaskan logam.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip Kirin 659, memori 4GB RAM, dan dilengkapi sokongan GPU Mali-T830 MP3.

Huawei Nova 3e

Telefon pintar ini turut menggunakan dwi-kamera belakang, menggunakan gabungan 16-megapixel dan 2-megapixel, sementara kamera hadapan ia menggunakan sensor 24-megapixel. Pengimbas cap jari diletakkan dibahagian belakang, dan ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh.

Walaupun berspesifikasi pertengahan, namun telefon pintar ini turut hadir dengan ciri-ciri rakaman jelas pada keadaan malap, sokongan nyah-kunci berasaskan wajah, serta sokongan pengecasan pantas.

Huawei Nova 3e

Huawei akan memasarkan ia dipasaran China bermula minggu hadapan pada harga bermula CNY1999, iaitu sekitar RM1236. Ia tidak diketahui lagi sama ada akan memasuki pasaran tempatan dengan nama Nova 3e atau dibawah nama Huawei P20 Lite.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Nova 3e Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin Takuk, Dwi-Kamera Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info