Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Flippy – Robot Memasak Burger Di Restoran Kini Beroperasi Di California

Jutaan pekerjaan yang kini memerlukan tenaga pekerja manusia bakal pupus kerana penggunaan robot. Di China ini sudahpun berlaku dan di India sudah wujud undang-undang yang menghalang kenderaan swapandu dari menggantikan pekerja manusia. Kerjaya seterusnya yang akan diancam kepupusan ialah memasak burger di restoran makanan segera.

Flippy ialah robot memasak burger yang dibangunkan oleh Miso Robotics. Robot ini hanya memerlukan masa lima minit untuk dipasang pada meja memasak yang digunakan di kebanyakan restoran. Ia memastikan setiap keping daging burger dimasak dengan sempurna. Sistem kamera mengenalpasti jumlah burger dan pekerja di sekeliling. Sebanyak 300 burger mampu dimasak oleh Flippy setiap 60 minit.

Apabila restoran ditutup, robot ini turut mampu membersihkan permukaan dapur. Buat masa ini Flippy akan beroperasi di restoran Caliburger yang terletak di Pasadena Amerika Syarikat. Masa depan burger tepi jalan yang amat popular di negara kita masih lagi terpelihara kerana kos menggunakan robot Flippy ini masih terlalu tinggi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Flippy – Robot Memasak Burger Di Restoran Kini Beroperasi Di California"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info