Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Rekaan Papan Kekunci Butterfly Baru Yan Lebih Tahan Debu

Rekaan papan kekunci dengan suis sayap butterfly diperkenalkan pada MacBook 2016 bagi membolehkan Apple menghasilkan sebuah komputer riba yang nipis. Ia bergerak kurang dari 1mm apabila ditekan berbanding sekitar 1.5mm pada papan kekunci biasa. Walaupun kelihatan cantik, papan kekunci ini boleh gagal berfungsi hanya kerana debu.

Apple Macbook 2015Debu yang memasuki ruang di bawah papan kekunci akan membuatkan ia tersekat atau di dalam kes lebih serius tidak lagi boleh terpakai. Penyelesaian yang dilakukan oleh pengguna MacBook ialah membeli tin menyembur udara bertekanan tinggi untuk meniup kotoran keluar dari papan kekunci.

Apple mungking mempunyai perancangan membaiki masalah setelah dianugerahkan tiga paten baru oleh USPTO. Rekaan pertama ialah selaput membran menutupi mekanisme kepak kupu-kupu di bawah butang kekunci. Rekaan kedua pulai ialah membran dengan lubang kecil. Udara akan dipam keluar dan membersihkan ruang di antara butang kekunci. Akhir sekali ialah pelapik besar yang menutupi keseluruhan bahagian atas kekunci sekaligus melindungi mekanisme dari debu dan air.

Paten difailkan pada tahun 2016 dan hanya sekarang diterbitkan. Apple kerap kali hanya mempatenkan rekaan tetapi tidak menghasilkan produk fizikal sebenar. Jadi bagi pengguna MacBook kekunci sayap rama-rama buat masa ini tin penyembur udara bertekanan tinggi ialah aksesori tambahan yang masih perlu dimiliki.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Rekaan Papan Kekunci Butterfly Baru Yan Lebih Tahan Debu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info