Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Western Digital Memperkenalkan G-Speed Shuttle – Peranti Storan Mudah Alih Dengan Sokongan Thunderbolt 3

Peranti storan digital sering digunakan untuk menyimpan fail-fail yang besar, dan sering digunakan oleh para profesional seperti jurugambar, pereka grafik dan pembikin filem.

Salah satu masalah dengan peranti storan digital ini ialah ia hadir dengan saiz padat, tetapi storan yang kecil, ataupun ia mempunyai jumlah storan yang besar, tetapi terlalu sukar untuk dibawa ke lokasi tugas.

Western Digital, sebuah jenama yang terkenal dengan solusi peranti storan digital mereka baru-baru ini telah mengumumkan peranti storan yang dinamakan G-Speed Shuttle yang hadir dengan jumlah storan sehingga 48TB dan juga sokongan untuk sambungan Thunderbolt 3 yang menjanjikan penghantaran data selaju 1000MB/s.

Rekaan G-Speed Shuttle ini juga bukan sahaja padat, tetapi mempunyai rangka yang tahan lasak, dan mempunyai empat ruangan untuk storan cakera keras yang memudahkan pengguna untuk menukar cakera keras jika ia perlu ditukar.

Dalam pada itu, NAS G-Speed Shuttle ini juga hadir dengan sokongan untuk teknologi RAID, dan menyokong sistem cakera keras RAID 0, 1, 5, 10. Dalam pada itu, ia juga menyokong penstriman untuk video beresolusi 4K dan 8K, yang membolehkan para editor untuk mengedit video beresolusi tinggi tanpa perlu risau mengenai storan yang tidak mencukupi pada komputer mereka.

Storan G-Speed Shuttle ini akan hadir dengan pilihan storan berikut pada suku pertama 2018:

  • 16TB – RM 7,090
  • 24TB – RM9060
  • 32TB – RM11,030
  • 48TB – RM14,970


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Western Digital Memperkenalkan G-Speed Shuttle – Peranti Storan Mudah Alih Dengan Sokongan Thunderbolt 3"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info