Pada bulan Januari lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Grab mungkin mengambil-alih operasi Uber di Asia Tenggara. Namun, pihak Uber bergerak pantas dan menyangkal laporan berkenaan – selain menyatakan mereka komited untuk pengguna di rantau ini.
Hari ini, CNBC melaporkan perkara sama sekali lagi, mengatakan Uber dalam persediaan untuk menjual bahagian operasi Asia Tenggara mereka kepada Grab. Sebagai ganti untuknya, Uber dikatakan akan mengambil sejumlah pegangan besar pada syarikat Grab.
CNBC turut melaporkan yang mana tiada sebarang kata putus telah dicapai buat masa ini.
Sekiranya hal ini benar, maka kita akan melihat startegi yang lebih kurang sama seperti berlaku di China. Sebelum ini, Uber telah menarik diri dengan menjual operasi Uber di China kepada Didi – dan sebagai ganti, menerima pegangan sebanyak 20% dalam Didi. Langkah ini juga sekaligus mengurangkan kerugian Uber di sesuatu pasaran kerana tidak lagi perlu bersaing dengan syarikat lain.
Seperti biasa, buat masa ini, laporan ini hanya dikategorikan sebagai desas-desus sahaja.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Sekali Lagi Dilaporkan Ingin Menjual Perniagaan Asia Tenggara Kepada Grab"