Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SonarPen – Stylus Dengan Sokongan Mengesan Tekanan Mampu Milik Untuk Peranti iOS

Stylus mungkin dibenci oleh Steve Jobs semasa melancarkan iPhone sebelas tahun yang lalu. Tetapi hakikatnya jari manusia masih belum cukup sempurna untuk menggantikan stylus terutamanya jika ingin melakukan lakaran terperinci. Oleh itu Apple Pencil dilancarkan tetapi stylus dengan kemampuan mengesan tekanan ini dijual pada harga yang tidak mampu milik dan hanya boleh digunakan dengan iPad Pro.

Bagi mereka yang mencari stylus dengan sokongan mengesan tekanan yang mampu milik, SonarPen telah dihasilkan. Stylus ini juga boleh digunakan pada kesemua peranti iOS seperti iPad generasi lama dan iPhone.

Keunikan SonarPen ialah ia menggunakan gelombang bunyi untuk mengubah pergerakan stylus menjadi gambar pada skrin. Ia disambungkan terus kepada bicu audio. Pada peranti tanpa bicu audio, penyesuai Lighthing kepada bicu audio sedia ada boleh digunakan. Buat masa ini hanya aplikasi ZenBrush 2 dan GoodNotes menyokong fungsi mengesan tekanan pada SonarPen.

SonarPen sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dimiliki pada harga HKD 195 (~RM 97). Ini menjadikannya stylus dengan sokongan tekanan paling mampu milik untuk peranti iOS buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SonarPen – Stylus Dengan Sokongan Mengesan Tekanan Mampu Milik Untuk Peranti iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info