Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Memulakan Pengeluaran Storan UFS 256GB Untuk Industri Automotif

Tidak cukup dengan membuat peranti, cip DRAM dan cip pemprosesan untuk peranti ASIC, Samsung juga terkenal dengan pembuatan komponen storan, termasuklah untuk cakera keras dan juga SSD.

Terkini, Samsung baru sahaja mengumumkan bahawa mereka sedang memulakan pengeluaran storan UFS 3.0 (Universal Flash Storage) bersaiz 256GB secara besar-besaran. UFS kini biasa digunakan pada peranti-peranti pintar premium kerana kadar penghantaran data yang pantas, disamping saiz storan yang besar.

Menariknya, kali ini, pengeluaran storan UFS 3.0 ini bukanlah untuk peranti pintar terbaru Samsung, tetapi untuk kegunaan industri automotif untuk jenama-jenama kenderaan yang bakal menggunakan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), sistem maklumat dan hiburan dan  papan pemuka untuk kereta mewah tidak lama lagi.

Komponen UFS 3.0 Samsung sangat dikehendaki jenama-jenama automotif ini kerana kebolehannya untuk beroperasi dengan baik walaupun pada suhu yang tinggi. Cip UFS 3.0 Samsung hadir dengan sensor suhu yang mampu memberi amaran kepada pengguna jika suhu komponen tersebut melangkaui suhu 105 darjah Celcius.

Lebih menarik lagi, UFS 3.0 Samsung ini dikatakan hadir dengan kadar penghantaran data 850MB/s dan kadar pembacaan rawak 45000 IOPS, yang akan memastikan bahawa data yang terkandung didalam storan ini boleh dipindah dengan laju.

Samsung tidak menyatakan bilakah storan UFS 3.0 ini akan dihantar ke syarikat-syarikat automotif, tetapi kami pasti bahawa kita akan melihat kereta-kereta yang akan menggunakan storan ini dalam tahun ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Memulakan Pengeluaran Storan UFS 256GB Untuk Industri Automotif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info