Huawei bersempena acara Mobile World Congress (MWC) 2018 telah memperkenalkan ultrabook terbaru mereka, iaitu Huawei MateBook X Pro. Ia didatangkan dengan skrin bingkai nipis 13.9-inci LTPS 3:2 3K, cip Intel Core i5-8250U / i7-8550U, pilihan memori 8GB/16GB RAM, dan pilihan storan 256GB/512GB NVMe PCIe SSD.
Dengan rekaan skrin nirbingkai, Huawei turut meletakkan kedudukan kamera hadapan diantara butang F6 dan F7, dimana ia boleh ditekan untuk membuka ruangan kamera. Pelbagai ciri lain turut disertakan, termasuk sokongan speaker berkuasa, dan integrasi terjemahan Microsoft Translate.
Huawei MateBook X Pro ini bakal ditawarkan seawal suku kedua tahun ini pada harga bermula 1499 Euro, namun masih tidak diketahui dari segi jualannya untuk pasaran Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC 2018 : Huawei MateBook X Pro"