Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Xperia L2 Kini Rasmi – Hadir Dengan Cip MediaTek, Android Nougat

Sony hari ini telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru, dan salah satunya adalah telefon pintar mampu milik dibawah keluarga Xperia L, iaitu Xperia L2.

Xperia L2 menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan 720p, cip MediaTek MT6735P, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Untuk rakaman gambar, Xperia L2 menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel dengan sudut rakaman 120-darjah.

Xperia L2

Sony turut melengkapkan ia dengan bateri berkapasiti 3300mAh yang boleh dicas menggunakan USB-C, selain turut menyertakan ciri NFC padanya.

Secara keseluruhan, tiada sebarang ciri khusus disertakan, selain membolehkan pengguna menikmati rekaan dan binaan Sony Xperia pada harga sedikit rendah. Agak mendukacitakan kerana Sony hanya menyertakan Android 7.1 Nougat sahaja pada telefon pintar ini, dan bukannya Oreo.

Harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi. Memandangkan ia telah melepasi Sirim, maka kita mungkin akan dapat melihatnya dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Sony Xperia L2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia L2 Kini Rasmi – Hadir Dengan Cip MediaTek, Android Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info