Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Motorola Moto Z3 dan Z3 Play Juga Turut Tertiris

Pagi ini rekaan Motorola Moto X5, G6, G6 Plus dan G6 Play telah tertiris ke arena web pagi tadi. Turut tertiris ialah rekaan untuk peranti modular Motorola Moto Z3 dan Moto Z3 Play. Dari segi rekaan peranti ini menggunakan skrin 6″ memanjang nirbingkai dengan resolusi FHD+ sahaja. Dwi-kamera digunakan pada bahagia belakang dan juga hadapan buat pertama kalinya. Dari segi rekaan tubuh, ia tidak berbeza dari Moto Z dan Moto Z2 kerana masih lagi mengekalkan sokongan Moto Mods yang sudahpun berada di pasaran sejak dua tahun kebelakangan ini.

Paling menarik mengenai Z3 dan Z3 Play ialah kewujudan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan. Bahagian bawah antaramuka terdapat satu sahaja butang navigasi yang berbentuk bujur. Tiada lagi butang Back, Home dan multi-tugas seperti peranti Android yang lain. Besar kemungkinan sistem navigasi baru ini akan mengikut sistem navigasi berasaskan gesture iPhone X.Tambah menarik ialah tiada pengimbas cap jari pada bahagian dagu dan hadapan. Ini mungkin petanda Moto Z3 dan Z3 Play menggunakan sistem nyankunci berasaskan wajah. Turut tertiris bersama rekaan peranti ialah modul Moto Mod untuk rangkaian 5G. Apakah pendapat anda tentang rekaan peranti-peranti Motorola yang tertiris tahun ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Motorola Moto Z3 dan Z3 Play Juga Turut Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info