Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OneDrive Ingin Memudahkan Pemulihan Fail Daripada Ransomeware Melalui Ciri Files Restore

OneDriveMasalah ransomware dari hari ke hari mungkin menimbulkan kerisauan ramai – terutamanya apabila fail-fail utama terkesan disebabkan olehnya. Kini, untuk mengatasinya dengan mudah, pihak Microsoft dilihat bakal memperkenalkan ciri dinamakan Files Restore yang mengintegrasikan Windows 10 ke OneDrive.

Melaluinya, anda perlu memastikan dokumen anda dibuat salinan pendua ke OneDrive, dan anda boleh baik-pulih fail yang terkesan pada komputer anda dengan pantas melalui ciri Files Restore.

Pengguna juga boleh kembalikan fail simpanan pada OneDrive pada tarikh sebelumnya, sekaligus mengelakkan sebarang pendua yang dilakukan secara automatik selepas komputer terkesan dengan ransowmare.

Ciri baru ini dijangka diuji oleh Microsoft dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OneDrive Ingin Memudahkan Pemulihan Fail Daripada Ransomeware Melalui Ciri Files Restore"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info