Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG Memperlihatkan Skrin OLED 65 Inci Yang Boleh Digulung

Skrin OLED yang boleh digulung bukanlah teknologi baru. Prototaip srkin OLED 18 inci boleh gulung seperti poster filem ini telah diperlihatkan oleh LG beberapa tahun lalu. Di acara CES yang sedang berlangsung sekarang, LG menunjukkan model terbaru skrin boleh gulung mereka yang kini sebesar 65 inci.

Skrin OLED ini turut boleh menyokong resolusi UHD. Apakah aplikasi skrin ini di dunia sebenar? TV OLED di masa hadapan boleh disimpan di dalam tiub apabila tidak digunakan sekaligus menjimatkan ruang. Televisyen juga lebih mudah dibawa kerana saiznya yang lebih kompak. Ini menjadikan LG pengeluar pertama yang berjaya menghasilkan skrin OLED boleh gulung di pasaran. Di masa terdekat tidak mengejutkan jika telefon pintar skrin boleh gulung akan akhirnya menjadi kenyataan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG Memperlihatkan Skrin OLED 65 Inci Yang Boleh Digulung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info