Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Laman Ini Membolehkan Anda Menguji Aksen Inggeris Anda Sama Ada Amerika Atau British

Terdapat beberapa kaedah implementasi kecerdasan buatan dan pembelajaran pintar yang menarik. Kini, Cambridge Consultants dilihat menggunakan dan memperlihatkan konsep menggunakan kecerdasan buatan untuk mengetahui sama ada anda mempunyai loghat dan aksen bahasa Inggeris berasaskan Amerika atau British.

Melalui laman berkenaan, pengguna akan perlu membaca satu ayat, dan ia akan menggunakan kecerdasan buatan untuk mengenal-pasti kadar peratusan sebutan anda sama ada lebih kepada aksen Inggeris Amerika atau Inggeris British.

Cambridge Accent

Laman ini hanya sekadar konsep sahaja, tetapi ia mungkin agak menarik untuk dimainkan dan diuji anda – serta dibandingkan bersama rakan-rakan lain berkaitan skor loghat/aksen anda.

Layari : Cambridge Consultants – MyAccent



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Laman Ini Membolehkan Anda Menguji Aksen Inggeris Anda Sama Ada Amerika Atau British"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info