Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Spectre x360 15 Hadir Dengan Cip Intel Core Gen-8 Dan GPU Radeon RX Vega M

Tidak ketinggalan pada acara CES 2018 adalah pihak HP. Hari ini mereka memperkenalkan beberapa peranti baru dan kemaskini untuk penawaran sedia ada. Salah satu yang menerima kemaskini adalah HP Spectre x360 15.

HP Spectre x360 15

Seperti ramai sedia maklum, ia hadir dengan rekaan engsel khusus bagi membolehkan komputer riba ini diputar menjadi tablet. HP Spectre x360 15 baru ini kini turut dilengkapi penawaran terbaru daripada Intel dan AMD, iaitu menggunakan cip Intel Core generasi kelapan serta dilengkapi GPU Radeon RX Vega M. Ini sekaligus meletakkan penawaran HP antara yang terawal dengan cip terbaru berkenaan.

HP Spectre x360 15

Disamping itu, komputer riba ini kini menyertakan penawaran Num Pad penuh pada papan kekunci, selain melengkapkan ia dengan sokongan pengimbas cap jari untuk Windows Hello.

HP menyasarkan untuk mula menawarkan komputer riba ini bermula bulan Mac kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Spectre x360 15 Hadir Dengan Cip Intel Core Gen-8 Dan GPU Radeon RX Vega M"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info