Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar Dikatakan Moto X5 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Skrin Rongak Seumpama iPhone X

Pada tahun lepas, kita telah melihat Apple hadir dengan iPhone X yang menawarkan rekaan skrin rongak – dimana bahagian skrin hadapan berlubang pada bahagian hadapan untuk memuatkan kamera dan beberapa sensor. Selain iPhone X, beberapa peranti sebelumnya turut telah mengintegrasikan rekaan lebih kurang sama – termasuk daripada Sharp dan Essential.

Kini, pada tahun ini, mungkin lebih banyak pengeluar hadir dengan rekaan lebih kurang sama.

Moto X5 Tertiris

Daripada gambar yang dikongsikan melalui DroidLife, ia memperlihatkan rekaan telefon pintar terbaru Moto X5 yang mana dilihat hadir dengan rekaan skrin lebih kurang sama. Dwi-kamera hadapan dimuatkan pada bahagian hadapan – dan pada tepinya, skrin yang memperlihatkan bar status seperti bateri, jam dan sebagainya.

Selain itu, gambar yang tertiris ini turut memperlihatkan rekaan butang maya pada bahagian bawah seumpama iPhone X.

Buat masa ini, kesahihan gambar ini tidak diketahui lagi sepenuhnya.

Bagi anda sendiri, sekiranya gambar ini adalah benar, adakah anda akan mendapatkannya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar Dikatakan Moto X5 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Skrin Rongak Seumpama iPhone X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info