Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Digital Storm Memperkenalkan Digital Storm Spark – Komputer Padat Berkuasa Besar

Komputer bersaiz kecil dan padat nampaknya semakin mendapat perhatian kebelakangan ini, dengan pelbagai jenama-jenama komputer hadir dengan komputer padat yang cukup berkuasa sekali.

Digital Storm, pembuat komputer dari Amerika kini baru sahaja mengumumkan kehadiran komputer padat mereka sendiri dengan Digital Storm Spark. Komputer kecil ini hadir dengan saiz ukuran 4 inci x 6 inci x 12 inci yang memuati komponen-komponen seperti CPU Intel Core i7-8700K, sokongan untuk memori DDR4 dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 hinggalah ke GTX 1080.

Menarik lagi, komputer Digital Storm Spark ini disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair yang dibina khas untuk rangka komputer ini. Selain dari itu, ia juga menggunakan papan induk Micro STX yang juga dibina khas, dan cukup kecil sekali untuk dimuatkan kedalam rangka komputer ini. Ia juga hadir dengan tiga slot M.2, sebuah port SATA dan juga sebuah slot MXM untuk kad grafik.

Menurut Digital Storm, komputer Digital Storm Spark ini akan hadir di pasaran Amerika pada suku kedua tahun 2018. Komputer tersebut akan dijual pada harga $1299 (RM5195) dan akan hadir bersama kad grafik NVIDIA GTX 1060.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Digital Storm Memperkenalkan Digital Storm Spark – Komputer Padat Berkuasa Besar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info