Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Edisi Terhad Samsung Galaxy Note 8 X 99 Avant Dilancarkan Di Korea Selatan

Tahun ini  banyak peranti edisi terhad dihasilkan seperti OnePlus 5T Star Wars dan Xiaomi Mi A1 Edisi Tahun Baru. Kesemua edisi khas ini memberikan pilihan warna dan kustomasi khas dengan bayaran yang sedikit premium. Di Korea Selatan peranti edisi khas Samsung Galaxy Note 8 X 99 Avant baru sahaja dilancarkan.

Peranti ini menerima sentuhan pelukis Han Seung-Woo dan dijual pada harga KRW 1,991,000 (~RM 7456) sebuah. Hanya 99 unit akan dihasilkan setiap satunya hadir dengan Note 8 256GB, kerangka rekaan khas, tema serta ikon khas dan sebuah lukisan bersaiz 69 x 45 cm. Buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran Korea Selatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Edisi Terhad Samsung Galaxy Note 8 X 99 Avant Dilancarkan Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info