Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemilik iPhone X Di China Diberikan Pulangan Wang Setelah Peranti Dua Kali Berjaya Dinyahkunci Rakan

Menurut Apple, sistem Face ID lebih selamat berbanding Touch ID. Kebarangkalian ia dipintas ialah 1 : 1,000,000. Di China seorang wanita yang membeli sebuah iPhone X diberikan pulangan wang oleh Apple setelah peranti beliau berjaya dinyahkunci rakan sepejabat sebanyak dua kali.

Wanita dari Nanjing ini mendakwa kali pertama ia berlaku beliau mendapatkan bantuan dari Apple yang mengatakan mungkin terdapat kecacatan pada sistem Face ID. Peranti baru diterima dan malang sekali perkara yang sama berlaku sekali lagi. Beliau diberikan pulangan wang kerana Face ID gagal memastikan peranti tidak boleh diakses selain dari beliau.

Dari gambar di atas jelas kelihatan wajah wanita dan rakan sepejabat hampir seiras. Sebelum ini seorang anak berjaya menyahkunci iPhone X milik ibu. Kebarangkalian 1 : 1,000,000 mungkin nampak seperti mustahil tetapi di dalam kes wanita ini, ia terbukti boleh berlaku.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemilik iPhone X Di China Diberikan Pulangan Wang Setelah Peranti Dua Kali Berjaya Dinyahkunci Rakan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info