Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perancis Akan Mengharamkan Pelajar Dari Menggunakan Telefon Pintar Di Sekolah

Terdapat banyak teori mengenai kesan penggunaan peranti elektronik di sekolah ke atas pelajar. Penggunaan yang sederhana didapati meningkatkan kemampuan mereka manakala di kolej penggunaannya ketika kuliah mendatangkan kesan negatif. Perancis telah mengambil langkah serius dengan mengharamkan penggunanya oleh pelajar berusia 15 tahun ke bawah di sekolah.

PelajarDengan arahan kementerian pelajaran ini, telefon pintar boleh dibawa ke sekolah tetapi disimpan ketika sesi pelajaran berlangsung. Ia akan berkuatkuasa pada permulaan sesi baru persekolahan September 2018. Pengumuman ini mendapat reaksi berbeza dari pelajar, guru dan ibu bapa.

Ibu bapa merasakan ia adalah positif ke arah mengurangkan gangguan di dalam kelas. Pelajar seperti dijangka merasakan ia tindakan kurang wajar. Guru pula risau tentang bagaimana peranti akan disimpan oleh sekolah kerana jumlahnya yang banyak serta masalah kecurian.

Di Malaysia penggunaan peranti pintar akan dibenarkan ketika sesi pembelajaran bermula tahun hadapan. Di UK pula terdapat sekolah yang merampas telefon dan konsol pelajar dengan kebenaran ibu bapa ketika hampir waktu peperiksaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perancis Akan Mengharamkan Pelajar Dari Menggunakan Telefon Pintar Di Sekolah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info