Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paten LG Memperlihatkan LG G7 Mungkin Hadir Dengan Pengimbas Iris Berkuasa

Majoriti besar telefon pintar pada masa kini telah menyertakan sokongan pengimbas jari secara terbina – dan dalam usaha menawarkan variasi sistem sekuriti berasaskan biometrik, sokongan seperti pengimbas iris dan pengecaman wajah turut telah mula disertakan.

Terkini, LG memfailkan sebuah paten baru untuk pengesahan biometrik berasaskan imbasan iris atau dalam erti kata lain imbasan mata.

Pemfailan berkenaan memperlihatkan yang mana ia mampu mengimbas pada saiz anak mata yang berbeza, selain membolehkan ia digunakan pada pelbagai keadaan cahaya tanpa masalah.

LG Iris

Disamping itu, untuk mengelakkan daripada sistem ditipu, LG turut memperlihatkan dalam pemfailan paten berkenaan dimana anda akan diminta untuk mengerakkan anak mata mengikut beberapa titik yang telah ditetapkan.

Buat masa ini, paten ini difailkan oleh LG sahaja, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan pada peranti mereka atau sebaliknya. Mungkinkah kita akan melihat ia diperkenalkan pada LG G7 pada 2018 kelak – atau LG sekadar memfailkan paten tanpa menggunakan teknologi ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paten LG Memperlihatkan LG G7 Mungkin Hadir Dengan Pengimbas Iris Berkuasa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info