Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mingguan Amanz – Redmi 5, Oppo F5 6GB, Snapdragon 845

Minggu ini, sejumlah telefon pintar baru telah dilancarkan, termasuk Xiaomi Redmi 5 dan juga Redmi 5 Plus yang menawarkan rekaan skrin pada nisbah 18:9 pada harga mampu milik. Huawei turut tidak ketinggalan, dan telah memperkenalkan peranti terbaru mereka Nova 2S yang menyertakan cip berspesfikasi tinggi termasuk sokongan pengecaman wajah.

Di Malaysia, Oppo F5 6GB telah diperkenalkan pada harga RM1698. Disamping itu, HUawei Malaysia turut telah mula menawarkan kemaskini EMUI 8 untuk pengguna Huawei Mate 9.

Selain peranti, pihak Qualcomm sendiri telah memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 845 yang menyertakan sokongan grafik lebih pantas, selain penggunaan yang lebih efisyen.

Dalam arena aplikasi, pihak Instagram telah memperkenalkan sokongan mengarkib Instagram Stories supaya ia tidak hilang begitu sahaja selepas 24 jam.

SKMM pada minggu ini turut menekankan yang mana memiliki IPTV tanpa label MCMC boleh didenda sehingga RM100,000.

Dan akhir sekali, pihak Maybank dilihat akan memperkenalkan sebuah aplikasi baru dinamakan Maybank QR Pay menjelang awal 2018 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Mingguan Amanz – Redmi 5, Oppo F5 6GB, Snapdragon 845"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info