Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Edward Snwoden Melancarkan Aplikasi Haven Yang Mengubah Peranti Android Lama Menjadi Kamera Keselamatan

Edward Snowden dilabel sebagai pengkhianat kerana meniriskan kewujudan projek pemantauan yang dilakukan oleh NSA di seluruh dunia. Beliau melarikan diri ke Russia bagi mengelakkan diri dipenjarakan seperti Chelsea Manning. Beliau baru sahaja melancarkan aplikasi Haven yang mengubah peranti lama Android menjadi kamera keselamatan.

Peranti pintar moden dilengkapi kamera, mikrofon dan pelbagai sensor yang diperlukan untuk menjadikannya sebuah kamera keselamatan yang murah. Dengan hanya memasang Haven, peranti lama dengan mudah dikitar naik untuk memantau rumah dan pejabat. Haven mensasarkan golongan aktivis dan wartawan yang risau diri mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa.

Snowden berharap dengan penggunaan aplikasi ini, dua golongan ini akan merasa lebih selamat untuk meneruskan usaha mereka menentang kebathilan.

Muat turun aplikasi Haven dari Google Play



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Edward Snwoden Melancarkan Aplikasi Haven Yang Mengubah Peranti Android Lama Menjadi Kamera Keselamatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info