Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mempatenkan Siri Yang Mampu Mengesan Dan Menjawab Soalan Secara Berbisik

Pembantu maya boleh ditemui pada kesemua telefon pintar di pasaran sekarang. Ia memudahkan proses mencari maklumat tanpa pengguna perlu menaip soalan yang ingin ditanya. Tetapi mungkin timbul situasi pengguna tidak mahu pembantu maya bertanya soalan dan menerima jawapan yang boleh didengari orang lain. Apple mempunyai jawapan kepada situasi ini.

Sebuah paten telah difailkan tahun lalu yang membolehkan Siri mengesan bisikan pengguna. Apabila ini berlaku, jawapan yang diberikan juga akan dibisikkan kepada pengguna. Dengan ini soalan mungkin ditanya tanpa mengganggu teman sepejabat misalnya. Seperti biasa Apple banyak mempatenkan idea tetapi tidak semestinya akan digunakan di dunia sebenar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mempatenkan Siri Yang Mampu Mengesan Dan Menjawab Soalan Secara Berbisik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info