Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pepijat Pada macOS High Sierra Membenarkan Akses Penuh Pentadbir Tanpa Kata Laluan

Bagi anda yang menggunakan komputer Apple dan menjalankan sistem operasi macOS High Sierra. Terkini, sebuah pepijat ditemui pada sistem operasi berkenaan yang membenarkan akses penuh pentadbir tanpa memerlukan sebarang kata laluan.

Pengguna macOS High Sierra boleh mengakses laman pentadbir dengan hanya menggunakan nama pengguna “root” dan meninggalkan ruangan kata laluan tanpa diisi. Anda sendiri boleh mencubanya melalui System Preferences > User Groups pada Mac anda.

Perkara ini boleh dikatakan sangat serius – membolehkan perubahan tetapan dibuat, mengakses pelbagai perkara – termasuk akaun macOS yang lain.

Apple mengatakan mereka akan mengatasinya pada kemaskini sistem operasi akan datang mereka. Buat masa ini, sekiranya anda merupakan pengguna macOS High Sierra, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menetapkan kata laluan untuk akaun “root” pada komputer anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pepijat Pada macOS High Sierra Membenarkan Akses Penuh Pentadbir Tanpa Kata Laluan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info